NEGARAKU

NEGARAKU

Wednesday, March 11, 2009

JOM KITA RENUNGKAN

Salam kepada semua umat Islam, tak kira orang UMNO, PR atau atas pagar.. Baca, faham dan renung2 kan lah..


Imam Abu Ja’afar ath-Thahawi rahimahullah berkata:


“Kita tidak membolehkan memberontak (membelot) terhadap para imam (pemimpin muslim) dan para penguasa walau pun mereka melakukan kezaliman. Kita tidak menyumpahi (memaki hamun) mereka dan tidak berlepas diri dengan tidak taat kepada mereka. Kita berkeyakinan bahawa mentaati mereka sepanjang dalam ketaatan kepada Allah adalah wajib, selama mana mereka tidak memerintahkan melakukan maksiat. Kita tetap mendoakan kebaikan untuk mereka supaya mereka dikurniakan dengan kebaikan sama ada dari segi fizikal atau pun rohani.”



Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:


“Sesiapa yang mentaatiku bererti dia mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakaiku bererti dia menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpin, bererti dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhakai pemimpinnya, bererti menderhakaiku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2957)



“Seseorang muslim wajib mendengar dan taat, sama ada suka atau pun tidak. Melainkan apabila dia diperintah untuk melakukan maksiat. Bila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat, tidak ada lagi istilah mendengar dan taat (dalam urusan maksiat tersebut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2955)




Dari Auf bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka membenci kamu, yang kamu menyumpahinya dan mereka menyumpahi kamu.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ketika itu kami boleh memerangi mereka dengan pedang?” Beliau menjawab: “Tidak, selama mereka masih menunaikan solat bersama-sama kamu. Ingatlah, sesiapa yang melihat pemimpinnya melakukan kemasiatan, hendaklah dia membenci kemaksiatannya itu, namun janganlah dia berlepas diri dari mentaatinya”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1855)



Dalam persoalan prinsip ini, imam Abil ‘Izz al-Hanafi mensyarahkan perkataan imam Abu Ja’afar ath-Thahawi di atas dengan katanya:



“Ada pun kewajiban untuk mentaati mereka (bukan dalam persoalan maksiat) walau pun mereka melakukan kezaliman adalah sesuatu yang disyari’atkan, kerana keluar dari ketaatan kepada mereka (pemerintah/penguasa) akan melahirkan kerosakan yang belipat kali ganda dibandingkan dengan kezaliman mereka sendiri. Malah, bersabar terhadap kezaliman mereka dapat meleburkan dosa-dosa dan dapat melipat gandakan pahala. Kerana Alla tidak akan menaikkan penguasa ke atas diri kita melainkan disebabkan oleh kerosakan amal perbuatan kita juga. Ganjaran itu bergantung kepada amal perbuatan. Maka, hendaklah kita bersungguh-sungguh memohon keampunan, bertaubat, dan memperbaiki amal-amal perbuatan".



Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:



“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan).” (Surah asy-Syura, 42: 30)



“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.” (Surah al-An’am, 6: 129)



(Dengan ini) apabila rakyat ingin selamat dari kezaliman para pemimpin mereka, hendaklah mereka meninggalkan kezaliman itu juga.” (Rujuk: Tahzib Syarh ath-Thahawiyah, jil. 2, m/s. 199-200, Pustaka at-Tibyan)



Syaikh al-Albani rahimahullah turut mengulas perkataan imam Abu Ja’afar ath-Thahawi dan syarah oleh imam Abil ‘Izz di atas dengan perkataannya:



“Dengan itu, jelaslah bagaimana cara menghilangkan kezaliman yang dilakukan oleh para penguasa yang satu kulit dan satu bahasa dengan kita. Caranya, kaum muslimin (umat Islam) mestilah bertaubat kepada Allah, memurnikan aqidah, dan mendidik diri serta keluarga mereka dengan pendidikan Islam secara benar. Perkara tersebut adalah sebagai usaha dengan berpandukan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berikut:



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri yang mengubah keadaan yang ada pada diri mereka.” (Surah ar-Ra’d, 7: 11)



Bertepatan dengan perkara persebut, ada seorang da’i (pendakwah) di zaman kita ini berkata, “Tegakkanlah daulah Islam di dalam hati-hati kamu, maka daulah Islam itu pun kemudiannya akan tertegak di atas muka bumi”.



Jadi, di dalam menyelesaikan masalah tersebut bukanlah dengan kaedah-kaedah seperti yang diguna-pakai sebahagian orang, iaitu dengan memberontak dan memerangi penguasa. Kerana, perkara tersebut di samping termasuk ke dalam bentuk bid’ah, ia juga bertentangan dengan nash-nash syar’i yang mana memerintahkan kita untuk mengadakan perubahan pada masyarakat dengan cara yang baik. Dalam persoalan ini, kita juga perlu memehami sebuah prinsip:



“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hajj, 22: 40) (Rujuk: Syarah dan Taqliq Syaikh al-Albani ke atas Aqidah ath-Thahawiyah)



Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:



“Sesiapa yang keluar (dari ketaatan) terhadap seorang pemimpin dari para pemimpin kaum muslimin, padahal manusia telah bersatu dan mengakui kepimpinan baginya dengan cara apapun, sama ada dengan redha atau dengan kemenangan (dalam perperangan), maka sesungguhnya orang tersebut telah memecah-belah kesatuan kaum musilmin dan menyelisihi pesanan-pesanan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan apabila ia mati dalam keĆ”daan demikian maka matinya seperti mati jahiliyah. Tidak halal memerangi penguasa (pemerintah) dan keluar dari ketaatan kepadanya disebabkan seseorang. Sesiapa yang melakukan perkara yang seperti itu maka dia adalah seorang mubtadi’ (pelaku bid’ah) yang bukan di atas Sunnah dan jalan (yang lurus). (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, no. 33 dan 34)



Imam al-Barbahari rahimahullah turut menjelaskan:



“Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.



Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)




Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukannya keburukan, walau pun dia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya.” (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)




Adab Jika Mahu Menasihati Penguasa/Pemimpin.




Telah berkata Ibnul Asir: “Nasihat ialah suatu ungkapan daripada sepotong ayat iaitu berkehendakkan kebaikan kepada yang dinasihatkan baginya, dan tidak mungkin diungkapkan dari makna ini bersama makna yang lain. Asal makna nasihat dalam bahasa ialah suci.” (Dinukil dari Dr. Khalid al-Anbariy, Sistem Politik Islam, m/s. 212-213)




Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:




“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu perkara, maka janganlah disebarkan (didedahkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah yang diharapkan, jika tidak, maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah. Sanadnya sahih, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh al-Albani ketika mentahqiq kitab as-sunnah, m/s. 507)




Berkenaan hadis ini, Syaikh al-Albani menyatakan bahawa ini adalah kaedah sebenar dalam menasihati para pemimpin secara sembunyi (rahsia – pen.), apabila orang yang menasihati melaksanakan cara begini, maka dia sudah pun melaksanakan tanggungjawabnya dan tidak lagi bertanggungjawab selepas itu. (Dr. Khalid Ali al-Anbariy, Sistem Politik Islam, m/s. 220)




Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:



“Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah di saat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Lihat: Tanbihul Ghafilin ‘An A’malul Jahilin wa Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)




Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:



“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah dia menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (umum). Tetapi hendaklah dia berbincang secara empat mata di dalam rangka menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak memperlekehkannya sebagaimana yang terdapat di dalam hadis”. (Lihat: Sail al-Jarrar 4/556. Dinukil dari: Abu Farouq Rasul Dahri, Sikap Ahlus Sunnah wal Jama’ah Terhadap Pemerintah)




“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di khalayak umum. Adalah amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Lihat: Tanbihul Ghafilin ‘An A’malul Jahilin wa Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)




Imam Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah berkata:



“Ada pun nasihat untuk para pemimpin kaum Muslimin maka ia adalah cintakan kebaikan untuk mereka, petunjuk untuk mereka dan keadilan mereka, menyukai sokongan rakyat ke atas mereka, membenci perpecahan umat kepada mereka, mematuhi ajaran agama, suka memuliakan mereka kerana mentaati Allah, membantu mereka dalam kebenaran, taat kepada mereka dalam perkara yang haq, marah kepada orang yang membelot dari mereka, dan cinta kepada usaha mereka di alam urusan berbuat taat kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Membantu mereka dengan kebenaran, menyedarkan mereka dengan lemah lembut, mengelakkan daripada menentang mereka dan mendoakan kejayaan (kebaikan) untuk mereka.” (Rujuk: Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 172 dan 173, Darul Falah)




Memuliakan Pemerintah



Daripada Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu, katanya:



“Aku mendengar Nabi bersabda: “Sultan adalah bayangan Allah di bumi, sesiapa yang memuliakannya, maka Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinakannya, maka Allah akan menghinakannya”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 5/42. Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, 5/376)




Dr. Khalid Ali al-Anbariy berkata:



“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mewajibkan ke atas umat ini menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama, baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan serta kelemahan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan berlakunya kebencian rakyat kepada mereka mereka bahkan juga akan membawa kepada kejahatan, kerosakan, kederhakaan, dan permusuhan.




Dalam perkara ini, berkatalah Sahl bin Abdullah at-Tastari: “Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mana mereka menghormati sultan dan ulama, maka sekiranya mereka menghormati kedua-duanya ini, Allah memeberi kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka dan sekiranya mereka menghina kedua-duanya, Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka”.” (Sistem Politik Islam, m/s. 215)

Sunday, March 8, 2009

APASAL BERIYO IYO BONA ?

apa nak sibuk-sibuk sangat pasal pelajaran matermatik dan sains dalam bahasa inggeris kalau bahasa al quran pun takder sape nak bermati-matian nak memperjuangan…
bahasa melayu tu bukan bahasa a'jam ke? Sama sahaja bahasa melayu atau inggeris…dua-dua pun bukan bahasa al quran..
moral: tak ada salahnya guna bahasa apa pun asalkan untuk kebaikkan semua…Cuma pentingkan juga bahasa arab untuk memahami al quran…sebagai salah seorang penjaga ketuanan melayu…
kami sokong juga bahasa melayu di utamakan di Malaysia ini namun kami juga fikir tidak ada salahnya menguasai bahasa inggeris agar orang melayu lebih cerdik pandai..yang patut dituntut adalah 'demo' menambah ilmu bukan demo membuang ilmu…bahasa inggeris itu juga adalah ilmu, bukan?
Yang patut dituntut atau di demo adalah kembalikan pelajaran sejarah tanah melayu dan sejarah islam di semua sekolah termasuklah di sekolah bukan kebangsaan….buta sejarah tumpul akal…Al Quran juga mengajar kita dengan perumpamaan-perumpamaannya melalui sejarah-sejarah lampau…
fikirkan.

kau, eden dan semua... fikirkan.

Friday, March 6, 2009

PENJELASAN SDRA. AGUS MENGENAI KONTROVERSI SIDANG DUN DI BAWAH POKOK.


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok baru-baru ini adalah satu perkembangan politik yang luar biasa di Malaysia. Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Mohammad Agus Yussoff, adalah antara banyak pihak yang dihubungi oleh media untuk memberikan komennya. Bagaimanapun, komen Agus yang sepenuhnya tidak disiarkan oleh pihak media. Ini menyebabkan Agus dilanda kontroversi.Di bawah ini adalah kenyataan penuh Agus yang diemailkan kepada blog ini untuk tatapan sahabat-sahabat sekalian. Moga-moga kekeliruan sebelum ini difahami oleh semua pihak, di manakah silap dan puncanya. – Ruhanie AhmadAssalamualaikum wrth,Terima kasih kerana telah dua kali berturut-turut dalam dua minggu ini laman blog Datuk menulis nama saya dan mengulas pandangan saya tentang isu politik semasa. Pertamanya, ulasan terhadap ranacangan Hujah di TV9 antara Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dengan Tan Sri Isa Samad. Keduanya, ulasan Datuk tentang pandangan yang saya berikan kepada wartawan mengenai kesahihan persidangan DUN Perak di bawah pokok -- yang Datuk namakan 'pokok demokrasi.'Pertama sekali, perlu saya nyatakan bahawa saya tidak ingat kepada wartawan dari akhbar atau stesen TV manakah yang saya katakan bahawa sah sidang DUN diadakan di atas pokok. Ini kerana pada hari itu, terlalu ramai wartawan yang menghubungi saya untuk bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan dengan perkembangan politik semasa.Kedua, saya mengaku saya berkata bahawa sah diadakan sidang DUN, bukan sahaja di bawah pokok, tetapi juga di atas pokok. Kepada wartawan yang sama juga saya jelaskan beberapa perkara berkaitan dengan rasa isi saya tentang politik supaya dituliskan, jika boleh, kerana saya sedih melihatkan krisis politik yang berlaku. Namun, apa yang saya katakan kepada wartawan berkenaan tidak dimasukkan secara sepenuhnya, melainkan disensasikan dengan satu kenyataan -- SIDANG DI ATAS POKOK PUN SAH.Saya memang menyatakan sidang sah diadakan di mana-mana, tapi dengan tiga syarat utama seperti berikut: (i) sidang itu mengikuti Peraturan Tetap Dewan; (ii) sidang tersebut mengikuti undang-undang Tubuh Negeri, dan (iii) sidang berkenaan ditetapkan oleh Speaker. Malangnya, ketiga-tiga syarat yang saya nyatakan ini tidak dilaporkan oleh pihak akhbar.
Saya juga ditanya oleh pihak akhbar, adakah perkenan Sultan diperlukan? Saya jawab, perkenan Sultan adalah wajib sekiranya sidang lepas adalah prorogue (dihentikan), tetapi, tidak perlu sekiranya sidang lepas 'was adjourned' (ditangguhkan). Hal ini dilaporkan oleh media berkenaan.Selepas itu saya ditanya, sah atau tidaknya persidangan tersebut? Saya jawab persoalan ini sukar untuk dijawab dalam bentuk afirmatif kerana ia sudah menjadi satu krisis politik dan bukan lagi undang-undang. Jadi, payah untuk diselesaikan secara undang-undang, melainkan melalui penyelesaian politik. Alasan saya ialah, sekiranya melalui tindakan undang-undang, kedua-dua pihak yang bertelagah sukar untuk menerima keputusan mahkamah. Maksudnya, jika mahkamah memutuskan PR yang menang, maka BN sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Sekiranya mahkamah memutuskan BN menang, PR pula sudah tentu tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Maka konflik ini berterusan. Dan ini tidak baik untuk mahkamah, untuk rakyat dan untuk kestabilan politik negara.Atas alasan itu, saya pun menyatakan rayuan saya supaya kedua-dua pihak yang bertikai dalam krisis ini mengambil dua pendekatan utama (kenyataan saya ini langsung tidak dilaporkan). Pertama, berunding dan bersedia untuk berkompromi dengan apa cara sekalipun untuk membentuk kerajaan gabungan dengan melupakan segala sejarah pahit antara hubungan mereka. Kedua, menyatakan bahawa pemimpin politik perlu berjiwa besar, berunding bersama-sama dan kedua-duanya sekali -- YAB Dr Zambry dan YAB Ir Nizar mengadap Tuanku Sultan memohon perkenan baginda untuk memperkenankan pembubaran Dewan.Dalam percakapan telefon dengan pihak akhbar tersebut juga, saya tegaskan apapun keputusan DUN dan perundingan antara BN dan PR, DUN tidak akan terbubar kecuali dengan perkenan Tuanku Sultan atau telah tamat tempohnya selama lima tahun.Begitulah antara lain, inti percakapan telefon saya dengan wartawan tentang krisis di Perak ini. Tapi, betul seperti Datuk kata, ia telah disiarkan dalam bentuk laporan terpilih yang mungkin tidak disengajakan. Apapun, kesannya tentu tidak baik kepada saya. Tidak baik kerana ia tidak menggambarkan hasrat sebenar saya untuk memberi pendidikan politik kepada rakyat. Tidak baik kerana ia tidak melaporkan pandangan sebenar saya supaya pemimpin politik kita -- sama ada dari BN atau PR -- berunding bagi membincangkan pendekatan terbaik bagi menyelesaikan krisis ini.Jadi, apa yang perlu saya buat? Saya memilih untuk tidak berkata apa-apa, melainkan tadi pagi saya bercakap dengan wartawan NST untuk menagdu hal tentang statement saya yang dikeluarkan secara tidak lengkap. Saya juga memberitahu kepada dua kenalan rapat saya (orang politik) mengadu hal tentang isu ini yang sudah terlalu banyak dikupas oleh pemerhati, ahli akademik, peguam dan orang politik sehingga ia sudah menjadi semakin kompleks.Sebenarnya, saya berbuat demikian kerana saya bimbang sekiranya krisis ini berlanjutan, ahli politik akan lupa untuk memberikan keutamaan kepada krisis ekonomi yang kita hadapi. Saya bimbang sekiranya kita terus berpolitik mempertahankan pandangan parti masing-masing, rakyat akan terabai dan kesejahteraan negara terjejas. Saya cukup bimbang tentang hal ini sekiranya ia boleh menjejaskan kestabilan yang kita nikmati.Menariknya, apabila pandangan 'atas pokok saya' disiarkan, sesetengah blog -- ada yang memuji dan ada mengeji saya -- memetik dan menyiarkan kenyataan saya ini. Dengan itu, saya dapati bahawa hasrat asal saya untuk memberikan pandangan 'to educate' orang kita tentang politik supaya 'berbaik dan bertenang' sudah menjadi sebaliknya. Ini semata-mata kerana laporan terpilih yang Datuk maksudkan itu.Tidak mengapalah soal saya dipuji atau dikeji. Itu hal yang kecil, tapi yang pastinya, saya harap Datuk sendiri, sebagai seorang bekas pemimpin UMNO, perlu memainkan peranan bukan lagi untuk mencurahkan api kepada keresahan rakyat, tapi jadilah sebagai pembimbing yang boleh membawa ketenangan kepada suasana politik yang panas hari ini.Saya tidak boleh berperanan seperti Datuk kerana saya tidak mempunyai blog sendiri dan belum lagi berhasrat untuk mempunyainya. Saya juga tidak berhasrat untuk menjadi orang politik, dan seboleh mungkin sehingga ke tahap ini, saya hanya mahu menjadi pengulas politik yang memberikan pandangan politik berdasarkan ilmu yang saya punyai.Kepada Datuk dan juga untuk peringatan kepada diri saya sendiri, satu perkara yang perlu kita ingati ialah pesanan Voltaire, ahli falsafah Perancis yang terkenal. Kata beliau, kesilapan kita ialah kerana "kita tidak belajar dari sejarah (baca: pengalaman)."Sekian, terima kasih.MOHAMMAD AGUS YUSSOFF

Monday, March 2, 2009


Senario politik masa kini turut menjangkiti gejala sikap `orang yang ada kepentingan diri nak bunuh karier politik orang yang berkredibal dan berwibawa’.Beginilah hakikatnya dari pandangan mata kasar coweng yang rasa terkilan dengan sikap rakus segelintir ahli-ahli UMNO yang sanggup berhempas pulas sehingga hilang maruah diri semata-mata untuk mempertahankan kedudukan yang dianggapnya `hak untuk sepanjang hayat’.Kalau ini terus dibiarkan, sudahnya, orang yang jujur dan ikhlas dalam perjuangannya tidak boleh berbuat apa-apa kerana disebabkan orang yang ada kepentingan diri cuba untuk menyekat perjuangan mereka, kerana dianggapnya boleh mengancam kedudukan dan menjejaskan hasil pendapatannya yang selama ini boleh dipulun semahunya dengan mudah.Apakah makna perjuangan itu sebenarnya? Untuk bangsakah, untuk agamakah, untuk negarakah atau untuk diri sendiri?Kalau politik dijadikan sebagai medan yang rakus untuk melombong emas tanpa mempedulikan kepentingan rakyat keseluruhan, makanya, ditakuti barisan kepimpinan yang dipilih berlandaskan emosi mengatasi kebijaksanaan akal, adalah dikalangan yang `gila kuasa’. Akan terbarislah nanti kepimpinan yang sebenarnya adalah mengkhianat bangsa, agama dan negara sendiri.Di akui, perjuangan yang jujur dan ikhlas itu, sering dihalangi dengan tangan-tangan khianat dan mulut-mulut cepular yang cuba untuk memendekkan langkah orang-orang yang ikhlas untuk berjuang. Janji hatinya puas, asalkan kedudukannya tidak terjejas dan kehendak hati untuk mendapatkan sesuatu tidak tersekat.Pemimpin seperti inikah sebenarnya yang perlu kita pertahankan untuk kesinambungan perjuangan kepada anak bangsa. Sanggupkah kita mencalarkan amanah yang ditinggalkan oleh pejuang-pejuang terdahulu semata-mata kerana sudah dibutakan hati dengan lambakan wang ringgit dan kuasa?Oleh itu, masih belum terlambat untuk ahli-ahli UMNO kembali sedar dalam kelekaan dan terpengaruh dengan simbolik perjuangan mereka yang ada kepentingan diri sendiri.Jangan nanti kita hanya nampak kuman di seberang laut, sedangkan gajah di depan mata kita tak nampak. Ditakuti nanti kuman yang dipanggil itu tanpa kita sedar, akan sedikit demi sedikit memamah diri sendiri.Jika di antara kita sudah dapat melihat ada di kalangan pemimpin yang elok budi pekertinya, mulia akhlaknya dan bijak akalnya, pertahankanlah dengan semangat yang kental tanpa mudah dipengaruhi oleh mereka-mereka yang suka menghasut, memecahbelahkan dan memburuk-burukkan sesama manusia. Jangan nanti kita jadi `yang dikejar tak dapat dan yang dikendong pula berciciran’. Yang berciciran belum pasti kita dapat menghimpunkannya semula menjadi seperti asal.


Posted by COWENG ANAK PILAH

Sunday, February 15, 2009

HUSINLEMPOYANG MERAPU DAN MEMBEBEL

Apa ini mahu bising-bising dan kacau-kacau hantar Memorandum ke Istana?
Kita sekarang zaman ketuanan rakyat.
Janganlah kacau Brader Anwar Bin Ibrahim nak jadi PM.
Lim Kit Sia* mahu jadi Timbalan PM.
Sivarasa boleh jadi Menteri JPM bahagan ugama.



Kita adil dan pastikan semua ada peranan dalam kerajaan Fakatan Riot.
PAS pasti ada peranan untuk baca doa Majlis dan sunat budak-budak masa cuti sekolah.
Nizar ada peranan untuk jurucakap untuk baca kenyataan akhbar yang ditulis oleh Nger dan Nga.
Cuma masa cakap, kena selalu-selalu toleh pada Nger dan Nga untuk dapatkan persetujuan dan reaksi.



Kita rakyat Fakatan Riot mahu Malaysian Malaysia.
Sekarang mesti tukar pada Tanah Melayu yang membudayakan multiculturalism dan multiracialism.
Kawan baik kami pun percaya pada multiculturalism dan multiracialism.
Ada -ism juga, bukan multicultural dan multiracial saja.
Kami pastikan, "Kerajaan Ngeh dan Nga. Cina tersenggeh.
Melayu ternganga." Janji kami kita akan maju jadi Republik.



Itu pasal kami rasa perlu bawa Sultan ke Mahkamah.
Breader tak perlu saman terus. Nanti wayang tak jalan.
Kami saman Zambery dan pasti kena buang mahkamah.
Boleh buang modal wayang. Kami tahu bukan Zambery yang patut disaman.
Biar Karpal puSingh saman Sultan. Itu pun untuk wayang.
Hanya perkara peribadi saja boleh saman Raja.



Sudah ... sudah ... janganlah kacau Anwar nak jadi PM.
Itu pagar tidak bukak. Kasi di pintu saja.
Polis sudah sampai. Kita tahu Khir Toyo tak takut kena lokap.
Balik dah. Balik.Kawan "multiracialism, multiculturalism" pun kena tunjuk berani dilokap.
Ada orang kata dia lakun auta. Kami tolong suruh kawan kami buat repot.
Dia menang, Fakatan Riot suka. PRU13 happy kita.




Sudahlah ... sudah . Karpal puSing sudah bising, "Banyak celaka ini Khir Toyo." Karpal akan jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Dia sudah kata, "Jangan main-main sama saya."Bayi punya banyak takut.
Brader Anwar saja boleh main-main. Dengan Anwar saja, Karpal boleh sampai, "Turun ... Turun ..."Janganlah kacau Anwar nak jadi PM.


Wow! Ana cuma untung jual orang dari jual unta. Tak ada main-main sama unta.* Mahu tengok macam-macam gambar, pergi Fotopage Jinggo.


Nukilan Husin Lempoyang

Wednesday, February 11, 2009


Kasut,
Kerana kau tapak kaki ku begitu selesa mengharungi perjalanan.
Perjalanan yang kekadang selesa dan memeritkan.
Kasut,
Bila baru disayang, lama dibuang.
Tetapi kau bertuah dan begitu glamour.
Kalau di sana Bush nyaris terkena.
Di sini, agaknya SIAPA?.
Mamak dihujung jalan sana ke..?
Bebudak yang lepak kat pot sana..?
ATAU,
YB2 politik kat dalam Malaysia ni..?